Malaysia Truly Asia
23042014Menarik:
W3vina.COM Free Wordpress Themes Joomla Templates Best Wordpress Themes Premium Wordpress Themes Top Best Wordpress Themes 2012

Taman Tema i-City mula dibuka

Taman Tema i City mula dibuka 300x198 Taman Tema i City mula dibuka

Taman Tema i-City mula dibuka

SHAH ALAM 18 Nov. – Pemaju Taman Tema i-City, i-Berhad membuat pelaburan sebanyak RM25 juta untuk membangunkan taman tema air ‘Water World@i-City’ yang dibuka secara rasmi kepada pengunjung bermula hari ini.

Pengarahnya, Monica Ong berkata, taman tema air berkenaan mampu menampung kira-kira 5,000 pengunjung setiap hari dan berpotensi menjadi lokasi terbaik buat keluarga beriadah terutama pada musim cuti persekolahan ini.

Beliau berkata, sebagai tarikan baru di Taman Tema i-City, taman tema air itu menyediakan pelbagai permainan dan antara tarikannya ialah gelongsor Tornado Ride yang dibina dengan ketinggian tujuh tingkat bangunan.

“Kita yakin i-City mampu menarik pengunjung seramai 90,000 seminggu dan 30 peratus daripada jumlah berkenaan dijangka berkunjung ke taman tema air tersebut.

“Kita sedar memang ada taman tema air yang lain berdekatan Shah Alam, namun kita menjanjikan permainan lebih mencabar, berteknologi tinggi dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi lawatan bersama media, di sini hari ini.

Menurut Monica, Tornado Ride merupakan satu-satunya permainan yang ada di rantau Asia Tenggara dan pengunjung berpeluang merasai keterujaan selama 28 saat dengan kelajuan 48 kilometer sejam ketika mencubanya.

Antara permainan lain yang disediakan di taman tema air itu ialah Wave Pool, River Adventure, Giant Jacuzzi dan iChildren’s Adventure dan pelbagai lagi.

Dalam pada itu, Monica memberitahu, I-Berhad yakin mampu memperoleh pulangan semula pelaburan untuk membina taman tema air dalam masa dua tahun akan datang.

“Taman tema air tersebut mula dibuka kepada pengunjung bermula hari ini dengan harga promosi sebanyak 50 peratus berbanding harga asal bermula RM30 untuk kanak-kanak sehingga RM50 untuk dewasa.

“Taman tema ini dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi sehingga 7 malam dari hari Isnin hingga Jumaat manakala pukul 9 pagi hingga pukul 7 malam pada setiap hari Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum,” katanya.

Mechanixmt 80x80 Taman Tema i City mula dibuka

Mechan1X (MT)

"Seorang tentera tanpa budaya adalah tentera membosankan fikiran dan tentera membosankan fikiran tidak boleh mengalahkan musuh". -Mechan1X (MT)
Malaysia Truly Asia