Malaysia Truly Asia
17042014Menarik:
W3vina.COM Free Wordpress Themes Joomla Templates Best Wordpress Themes Premium Wordpress Themes Top Best Wordpress Themes 2012

Samsung tawar Siri 7 Chronos

Samsung tawar Siri 7 Chronos 300x240 Samsung tawar Siri 7 Chronos

Nipis dan bergaya, siri 7 Chronos taruhan terbaru daripada Samsung.

BIARPUN kini kita ditawarkan dengan pelbagai gajet terbaru yang lebih canggih, mudah diusung ke sana-sini namun gajet asas tidak pernah dilupakan.

Melayari dunia maya menggunakan tablet contohnya pastinya lebih memudahkan berbanding komputer dan komputer riba.

Ia ringan, lebih banyak aplikasi terkini serta lebih bergaya juga merupakan trend terkini yang digilai ramai.

Namun, bagi Samsung, segmen komputer riba tidak pernah ditinggalkan daripada fenomena kegilaan gajet berbentuk tablet.

Pastinya, apa yang terdapat pada komputer riba tidak sama seperti yang terdapat pada tablet.

Meyakini bahawa segmen komputer riba masih lagi memiliki peminat dan pasarannya yang tersendiri, Samsung pada awal Januari lepas telah mengumumkan kehadiran siri komputer barunya iaitu 7 Chronos.

Siri 7 Chronos merupakan siri komputer yang dinaik taraf dari segi saiz dan berat malah turut membawa standard komputer riba tersebut ke aras yang lebih tinggi.

Selain prestasi, grafik serta serta kelebihan teknologi sentuhan juga turut dipertingkatkan.

Menurut Naib Presiden Kanan Komunikasi Mobil dn IT, David Song, 2013 merupakan tahun di mana tawaran terhadap produk yang diperlukan peminat akan diteruskan oleh Samsung.

“Siri baru 7 Chronos dan Ultra merupakan dua contoh produk yang akan kami keluarkan sepanjang tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Samsung baru-baru ini.

Siri 7 Chronos merupakan komputer riba yang sarat dipenuhi dengan ciri-ciri yang menepati kehendak dan kegunaan golongan profesional.

Ia nipis, ringan serta tahap prestasi yang amat memberangsangkan menjadikan siri komputer riba tersebut rebutan ramai.

Kelebihan aplikasi Sentuhan Sepuluh Jari (Ten-finger multitouch) juga turut meningkatkan keupayaan interaksi bersama skrin komputer riba tersebut sama seperti pad sesentuh dan juga papan kekunci.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Siri 7 Chronos anda boleh melayari laman web Samsung di http://www.samsungces.com.

Mechanixmt 80x80 Samsung tawar Siri 7 Chronos

Mechan1X (MT)

"Seorang tentera tanpa budaya adalah tentera membosankan fikiran dan tentera membosankan fikiran tidak boleh mengalahkan musuh". -Mechan1X (MT)