Malaysia Truly Asia
18042014Menarik:
W3vina.COM Free Wordpress Themes Joomla Templates Best Wordpress Themes Premium Wordpress Themes Top Best Wordpress Themes 2012

Sambutan perayaan utama pupuk persefahaman rakyat

Sambutan perayaan utama pupuk persefahaman rakyat 300x225 Sambutan perayaan utama pupuk persefahaman rakyatKUALA LUMPUR 31 Dis. – Sambutan perayaan-perayaan utama di negara ini perlu dijadikan wadah dalam memupuk persefahaman lebih jitu antara rakyat pelbagai kaum agar keharmonian yang dinikmati dapat dipupuk dan disuburkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perbezaan kepercayaan dan agama adalah lumrah dalam masyarakat majmuk, namun ia bukan penghalang kepada usaha mewujudkan kehidupan aman, makmur dan harmoni.

Kata beliau, agama Islam misalnya mengiktiraf hakikat kepelbagaian bangsa apabila menganjurkan umatnya supaya saling mengenali serta hormat-menghormati antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Sememangnya rakyat Malaysia amat dikenali dengan sifat kemesraannya dan ini terserlah pada setiap kali sambutan perayaan. Inilah tradisi unik yang kita miliki dan kongsi tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Keunikan inilah yang menjadi asas perpaduan kita di Malaysia.

“Justeru atas semangat perkongsian nilai murni antara agama ini, marilah kita berusaha mencari titik persamaan di sebalik kepelbagaian anutan agama,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Rumah Terbuka Krismas, di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Mechanixmt 80x80 Sambutan perayaan utama pupuk persefahaman rakyat

Mechan1X (MT)

"Seorang tentera tanpa budaya adalah tentera membosankan fikiran dan tentera membosankan fikiran tidak boleh mengalahkan musuh". -Mechan1X (MT)
Malaysia Truly Asia