Malaysia Truly Asia
18042014Menarik:
W3vina.COM Free Wordpress Themes Joomla Templates Best Wordpress Themes Premium Wordpress Themes Top Best Wordpress Themes 2012

Memperkasa jati diri belia Melayu

Memperkasa jati diri belia Melayu 300x231 Memperkasa jati diri belia MelayuAPABILA Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam Kabinet baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) itu menandakan satu harapan besar diletakkan di bahu beliau. Sesuai dengan perwatakan rakan kepada orang muda, diharapkan aspirasi orang muda dapat disampaikan ke pucuk kepimpinan tertinggi negara.

Memperkasakan dan memapankan belia menjadi satu tugas penting untuk mencipta Malaysia yang lebih ke hadapan. Dalam pada masa yang sama, satu usaha bersepadu perlu dirangka dengan lebih baik untuk memperkasakan belia Melayu kerana mereka merupakan kelompok populasi terbesar dalam negara.

Dimulakan dengan pendidikan, yang semestinya menjadi salah satu ejen untuk mengubah masyarakat. Penulis pernah mendengar pembentangan Khairy dalam satu simposium yang diadakan di PWTC mengenai pendidikan vokasional.

Pendidikan vokasional atau kemahiran diperbaharui dengan kemudahan dan silibus yang sesuai dengan perkembangan semasa sains dan teknologi. Justeru pengenalan pendidikan vokasional di peringkat menengah dan diteruskan dengan pendidikan kemahiran sijil dan diploma mampu menjadi salah satu medan belia Melayu untuk meneroka bidang teknikal yang diminati oleh mereka.

Namun, stigma negatif terhadap mereka yang berpendidikan kemahiran seperti di Kolej Komuniti lain-lain institusi yang menawarkan pendidikan kemahiran harus dibuang daripada pemikiran masyarakat. Lepasan institusi inilah yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara. Sebaliknya masyarakat perlu membuka minda dengan lebih luas untuk menggalakkan penyertaan belia dalam kursus kemahiran kerana ini mampu menawarkan peluang pekerjaan yang baik kepada mereka.

Malah terdapat banyak syarikat baik dalam mahupun luar negara yang tertarik dengan kemahiran pelajar berlatar belakang teknikal serta kemahiran. Mungkin ini yang dikesan dan diteliti oleh Khairy yang konsisten memperjuangkan pendidikan kemahiran ini kerana menyedari peluang oleh belia Melayu khususnya dan belia Malaysia umumnya.

Selain itu, satu kajian yang holistik perlu dibuat ke arah pembinaan jati diri yang mapan terhadap belia . Pembinaan jati diri ini bukan sahaja meliputi aspek patriotisme tetapi soal integriti. Cabaran membina masyarakat yang berintegriti bermula daripada kumpulan masyarakat yang lebih muda.

Oleh itu pembinaan belia yang berjati diri bukan sahaja untuk keperluan pada masa kini tetapi untuk masa hadapan. Isu jati diri ini dicabar dengan penglibatan belia Melayu terutamanya dalam aktiviti sosial yang kian parah.

Berpeleseran serta terlibat dalam lumba haram mengisyaratkan kepada dunia belia Melayu sebenarnya masih belum punyai semangat untuk mengubah hala tuju mereka. Pengubahan hala tuju, semangat membangunkan negara merupakan sesuatu yang sangat penting dalam keadaan realistik hanya tinggal tujuh tahun lagi sebelum menjengah tahun 2020. Mahu atau tidak, belia Melayu harus berpartisipasi dalam pembangunan serta transformasi negara bersama dengan belia-belia lain.

Penulis memetik harapan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengesyorkan belia supaya menyumbang tenaga untuk memperkasakan negeri Kedah.

Ia satu petanda yang jelas kerajaan memerlukan transformasi diri belia untuk mempunyai semangat berkhidmat demi memastikan kelangsungan survival kedaulatan negara.

Dalam isu jati diri belia Melayu, penulis tertarik dengan komentar bekas Setiausaha Politik Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Noor Azam yang mengulas keadaan belia tahun 1970-an yang penulis kira masih lagi relevan untuk dijadikan rujukan. Dengan lebih spesifik boleh merujuk kepada rencana yang bertajuk ‘Keliaran dan Kejahatan yang Kian Menular’ yang diterbitkan pada April 1975, jelas menyampaikan kebimbangan yang berlaku akibat perkembangan budaya hedonisme dalam kalangan belia pada masa itu.

Antara lain didorong oleh penayangan filem-filem luar yang lari daripada budaya Malaysia. Noor Azam dalam tulisannya pada masa itu memetik keta-kata Tun Abdul Razak ketika merasmikan Masjid Kampung Baru yang disiarkan dalam Utusan Melayu 23 Mac 1975, seandainya gejala-gejala yang merosakkan masyarakat tidak dijaga, muda-mudi akan menjadi masyarakat yang tidak berguna. Seandainya mereka rosak, masa hadapan negara juga akan terancam.

Justeru, isu ini terus relevan dan perlu diatasi sehingga hari ini.

Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan mempunyai cabaran yang lebih berat dalam memastikan belia Melayu tidak ketinggalan dalam arus perdana untuk menyumbang ke arah pembinaan negara bangsa. Agihan kek ekonomi yang adil bukan sahaja mempercepatkan negara mencapai status negara berpendidikan tinggi tetapi penting untuk memastikan tiada yang ketinggalan dalam merasai kemakmuran negara.

PENULIS ialah Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia merangkap Setiausaha Agung jemaah YDP Kebangsaan.

Mechanixmt 80x80 Memperkasa jati diri belia Melayu

Mechan1X (MT)

"Seorang tentera tanpa budaya adalah tentera membosankan fikiran dan tentera membosankan fikiran tidak boleh mengalahkan musuh". -Mechan1X (MT)
Malaysia Truly Asia