Malaysia Truly Asia
19042014Menarik:
W3vina.COM Free Wordpress Themes Joomla Templates Best Wordpress Themes Premium Wordpress Themes Top Best Wordpress Themes 2012

Manifesto adalah janji

Manifesto adalah janji 300x279 Manifesto adalah janji

RAKYAT perlu mengkaji setiap manifesto yang diperjuangkan sesebuah parti politik sama ada ia bakal membawa kebaikan atau keburukan kepada negara.

MENJELANG Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), segala usaha untuk menarik undi sudah giat dijalankan oleh jentera pilihan raya parti politik, walaupun Parlimen belum lagi dibubarkan.

Keseluruhan rakyat Malaysia percaya bahawa pilihan raya umum kali ini akan menjadi antara pilihan raya paling sengit sejak kemerdekaan dicapai pada 1957.

Masyarakat kebelakangan ini juga diberikan dengan pelbagai penjelasan mengenai manifesto politik, khususnya berhubung janji-janji dan pencapaian yang telah dilaksanakan.

Manifesto pilihan raya bukan merupakan perkara yang boleh dipandang remeh kerana ia merupakan janji sebuah parti politik yang bertanding kepada rakyat yang mengundi.

Mengikut kamus, manifesto adalah satu pernyataan, janji, atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.

Apabila sudah menang pilihan raya, manifesto yang telah dinyatakan berubah menjadi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jika gagal, ia seolah-olah mengkhianati undi dan kepercayaan rakyat yang menyokong dan mengundi mereka ketika pilihan raya.

Oleh itu, rakyat perlu bijak untuk menilai manifesto-manifesto yang dikeluarkan oleh setiap parti politik yang bertanding. Itu semua termasuk dalam tanggungjawab kita sebagai seorang pengundi dalam pilihan raya nanti.

Dalam tempoh terdekat sebelum pilihan raya inilah, rakyat perlu memainkan peranan untuk menilai manifesto parti-parti yang bertanding.

Penilaian yang menyeluruh akan membolehkan kita membuat perbandingan yang adil sama ada ia bakal membawa kebaikan atau keburukan kepada negara.

Namun apa yang menyedihkan, realiti hari ini adalah ramai yang mudah ghairah dengan manifesto yang dilaungkan parti politik tanpa kaji selidik dan perbandingan secara menyeluruh.

 

Nik Mohamed Hussein Nik Ali

Shah Alam, Selangor

Mechanixmt 80x80 Manifesto adalah janji

Mechan1X (MT)

"Seorang tentera tanpa budaya adalah tentera membosankan fikiran dan tentera membosankan fikiran tidak boleh mengalahkan musuh". -Mechan1X (MT)