Malaysia Truly Asia
19042014Menarik:
W3vina.COM Free Wordpress Themes Joomla Templates Best Wordpress Themes Premium Wordpress Themes Top Best Wordpress Themes 2012

Malaysia siaga hadapi krisis ekonomi global -Najib

Malaysia siaga hadapi krisis ekonomi global Najib 300x180 Malaysia siaga hadapi krisis ekonomi global  NajibKUALA LUMPUR 2 Okt. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia kini sudah siap siaga untuk menghadapi krisis ekonomi global semasa berikutan pengalamannya menangani krisis ekonomi Asia pada lewat 1990-an.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan memberi respons secara positif dengan tadbir urus, permodalan dan kecairan mengendali krisis pada masa itu.

Semasa berucap pada Forum Megatrends Khazanah 2012, Najib berkata krisis kewangan global empat tahun lepas terus menjadi peristiwa signifikan terhadap ekonomi global.

[pullquote]“Risikonya masih ada. Tetapi, syukur kejayaan kerajaan menguruskan ekonomi bermakna Malaysia bernasib baik dapat muncul dari krisis kredit pada satu kedudukan yang kukuh secara relatifnya,” katanya.[/pullquote]

Katanya usaha negara untuk terus makmur menjadi tidak menentu pada 2008 apabila permintaan meleset berikutan kemelesetan perbelanjaan isi rumah di negara-negara pengguna dan negara pengeluar seperti Malaysia – yang mempunyai sektor pengeluaran elektronik yang maju – berhadapan masalah.

“Ancaman kesannya juga masih belum dapat ditangani secara menyeluruh, malah ekonomi-ekonomi kini semakin rapat lagi berbanding semasa 1997.

“Dengan pembukaan pasaran dan kemunculan gelombang dagangan yang tinggi, wujud potensi peningkatan kebarangkalian berlaku kejutan serantau untuk merebak dengan pantas, jauh dan meluas,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata Belanjawan 2013 yang dibentangkannya pada minggu lepas, bukan sahaja meliputi sasaran perbelanjaan fiskal semasa malah juga bagi masa depan dengan ekonomi-ekonomi baharu muncul.

Katanya belanjawan itu menyasarkan untuk menangani isu-isu seperti bagaimana ekonomi-ekonomi Asia boleh kekal kompetitif, mendapat lebih banyak pelaburan dan mengambil kesempatan dari kelebihan perbandingan.

“….dengan jangkaan kemelesetan akan berterusan, Asia Timur dan Pasifik perlu mengurangkan kebergantungannya pada eksport dan menyeimbangkannya semula dengan permintaan domestik, membuat pelaburan dalam meningkatkan produktiviti,” katanya, yang merujuk laporan Bank Dunia baru-baru ini.

Mechanixmt 80x80 Malaysia siaga hadapi krisis ekonomi global  Najib

Mechan1X (MT)

"Seorang tentera tanpa budaya adalah tentera membosankan fikiran dan tentera membosankan fikiran tidak boleh mengalahkan musuh". -Mechan1X (MT)
Malaysia Truly Asia