Malaysia Truly Asia
21042014Menarik:
W3vina.COM Free Wordpress Themes Joomla Templates Best Wordpress Themes Premium Wordpress Themes Top Best Wordpress Themes 2012

Lukisan tulen JMW Turner dijual murah

Lukisan tulen JMW Turner dijual murah 300x223 Lukisan tulen JMW Turner dijual murah

Pameran J.M.W. Turner di Met

LONDON 22 Sept. – Sebuah lukisan minyak yang dibeli dalam satu lelongan kelab golf dengan harga 3,700 pound (RM18,248) dipercayai adalah karya pelukis terkenal JMW Turner yang bernilai lebih 20 juta pound (RM98.6 juta).

Pemilik lukisan berkenaan, Jonathan Weal berkata, dia membeli lukisan itu lapan tahun lalu di majlis lelongan di Wealden, Kent selepas yakin ia adalah karya Turner.

“Saya sendiri terkejut karya Turner dilelong dengan harga permulaan 700 pound hingga 900 pound (RM3,452 hingga RM4,4439).

“Ibu saya adalah seorang penjual buku antik dan sering membawa saya ke Victoria and Albert Museum yang akhirnya menyebabkan saya turut meminati seni,” katanya.

Kini pakar sejarah dan saintis turut menyokong dakwaannya itu selepas ujian yang dijalankan mengesahkan ia dihasilkan pada tahun 1805.

Pakar tandatangan turut mengesahkan tandatangan pada lukisan yang bertajuk Fishing Boats in a Stiff Breeze itu adalah milik Turner.

Syarikat insurans karya seni, Hiscox pula berkata, mereka meletakkan nilai berjuta-juta pound ke atas lukisan tersebut.

Ujian saintifik ke atas tarikh penghasilan lukisan itu juga menunjukkan ia dibuat pada tahun sama ketika lukisan terkenal Turner, The Battle of Trafalgar dihasilkan.

Turner dianggap sebagai pelukis yang menghasilkan gambar pemandangan yang menjadi lukisan bersejarah penting.

Mechanixmt 80x80 Lukisan tulen JMW Turner dijual murah

Mechan1X (MT)

"Seorang tentera tanpa budaya adalah tentera membosankan fikiran dan tentera membosankan fikiran tidak boleh mengalahkan musuh". -Mechan1X (MT)
Malaysia Truly Asia