Malaysia Truly Asia
20042014Menarik:
W3vina.COM Free Wordpress Themes Joomla Templates Best Wordpress Themes Premium Wordpress Themes Top Best Wordpress Themes 2012

FGV beli kilang penapis biodiesel RM35 juta

FGV beli kilang penapis biodiesel RM35 juta FGV beli kilang penapis biodiesel RM35 jutaKUALA LUMPUR 18 April – Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) menerusi anak syarikatnya, Felda Global Ventures Downstream Sdn. Bhd. (FGV Downstream) merancang mengambil alih aset penapisan biodiesel di Kuantan bernilai RM35 juta.

FGV dalam kenyataannya hari ini berkata, FGV Downstream telah memeterai perjanjian jual beli dengan pemilik aset berkenaan Mission Biotechnologies Sdn. Bhd. (MBSB), semalam.

Kilang penapisan biodiesel seluas enam ekar berkenaan mempunyai kapasiti pengeluaran 100,000 tan setahun dan memiliki tangki penyimpan dengan kapasiti 16,000 tan yang mempunyai saluran hubungan terus ke jeti laut dalam untuk aktiviti import serta eksport.

Kilang berkenaan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 1 Julai 2013.

Presiden Kumpulannya, Datuk Sabri Ahmad berkata, pengambilalihan berkenaan selari dengan strategi FGV untuk mengembangkan aktiviti hiliran untuk melindungi aktiviti huluan.

“Kilang penapisan ini akan meningkatkan kapasiti pengeluaran minyak sawit FFA (bebas asid lemak).

Selain itu, terdapat potensi untuk menghasilkan bahan mentah daripada biodiesel seperti Palm Methyl Ester Sulphonate, Crude atau Refined Glycerine dan Palm Fatty Acid Distillate.

“Ini akan membantu memenuhi permintaan yang semakin daripada syarikat pencuci terhadap bahan-bahan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, lokasi kilang berkenaan juga strategik kerana berdekatan dengan kilang penapisan dan oleokimia milik Felda Vegetable Oil Products Sdn. Bhd. dan Felda Procter Gamble.

Selain itu, kilang tersebut turut terletak berhampiran dengan ladang FGV di Pahang.

Minyak sawit dan biodiesel bertapis FGV menepati piawaian antarabangsa ISCC yang membolehkannya digunakan di Eropah.

Sabri berkata, projek itu merupakan usaha FGV untuk menyokong inisiatif biodiesel B5 dan B10 kerajaan bagi menjadikan biodiesel berdaya maju memandangkan peningkatan permintaan di Eropah bagi pematuhan terhadap sasaran pelepasan Gas Rumah Hijau.

Beliau berkata, kilang penapis itu juga merupakan satu-satunya kilang yang beroperasi di Pantai Timur.

Mechanixmt 80x80 FGV beli kilang penapis biodiesel RM35 juta

Mechan1X (MT)

"Seorang tentera tanpa budaya adalah tentera membosankan fikiran dan tentera membosankan fikiran tidak boleh mengalahkan musuh". -Mechan1X (MT)
Malaysia Truly Asia