Malaysia Truly Asia
21042014Menarik:
W3vina.COM Free Wordpress Themes Joomla Templates Best Wordpress Themes Premium Wordpress Themes Top Best Wordpress Themes 2012

Bersama galas tanggungjawab

Bersama galas tanggungjawab 300x217 Bersama galas tanggungjawab

Muhyiddin Yassin bersalaman bersama rakyat di Terengganu semasa seisi lawatan kerja beliau disana baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Sasaran membawa negara mencapai standard pendidikan berkualiti di peringkat antarabangsa perlu digalas semua pihak termasuk golongan ibu bapa, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, usaha menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut itu amat penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21.

“Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah berlaku secara semula jadi.

“Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan murid,” katanya.

Beliau berucap melancarkan pelan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud.

Menurut Muhyiddin, Kementerian Pelajaran memperkenalkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai platform meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak serta menggalakkan penglibatan komuniti dengan sekolah.

Katanya, seperti yang termaktub dalam Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, salah satu daripada 11 anjakan strategik dan operasi menyediakan pendidikan yang berkualiti adalah kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

“Ibu bapa perlu mengikis tanggapan murid menjadi tanggungjawab sekolah sahaja kerana sekolah perlu dilihat sebagai tempat persefahaman dan muafakat demi kepentingan ibu bapa,” katanya.

Jelas beliau, Sarana Ibu Bapa bermatlamat meningkatkan interaksi ibu bapa dengan anak-anak bagi menggalakkan kecemerlangan akademik di samping memberi peluang kepada golongan itu menyumbang idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan kepada sekolah.

Menerusi Sarana Sekolah pula, kata Muhyiddin, peranan ibu bapa dihidupkan menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menggerakkan aktiviti di luar bilik darjah dan bekerjasama dengan sekolah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

“Peranan PIBG amat penting untuk menggerakkan ibu bapa melalui Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), di negara ini konsep KSIB mungkin agak asing, tetapi tidak di negara maju.

“Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil langkah proaktif menubuhkan kumpulan ini demi kepentingan masa depan anak-anak mereka,” katanya.

Mechanixmt 80x80 Bersama galas tanggungjawab

Mechan1X (MT)

"Seorang tentera tanpa budaya adalah tentera membosankan fikiran dan tentera membosankan fikiran tidak boleh mengalahkan musuh". -Mechan1X (MT)